Smart Planning Enhances Education Dynamics’(SPEED)(Perancangan Bijaksana Meningkatkan Kedinamikan Pendidikan)

Image

Jabatan Pelajaran Sabah melancarkan Smart Planning Enhances Education Dynamics’(SPEED)(Perancangan Bijaksana Meningkatkan Kedinamikan Pendidikan),iaitu perancangan lima tahun bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negeri itu.

SPEED yang menggariskan tujuh fokus cabaran utama untuk dihadapi dan bertunjangkan tindakan bijaksana dan dinamik dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin di sini hari ini.

Menerusi SPEED, JPN Sabah menetapkan sasaran untuk mencapai keputusan 80 peratus dalam Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR), 44.29 peratus (Penilaian Menengah Rendah), 100 peratus (Sijil Pelajaran Malaysia) dan 98 peratus (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) menjelang 2016.

“Perancangan Strategik ini mengambil kira gerakan kecemerlangan setiap sektor, dimulai dengan penetapan visi dan misi terlebih dahulu oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Kemudian setiap sektor dan bahagian (dalam JPN)) akan mengenal pasti isu-isu strategik masing-masing,” katanya ketika berucap melancarkan rancangan berkenaan.

Menurut Muhiddin tiga daripada tujuh fokus cabaran utama yang perlu diatasi semua sektor dalam jabatan itu mengikut keutamaan ialah melonjakkan prestasi peperiksaan awam, merealisasikan pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran serta memperkasa kepimpinan pendidikan.

Cabaran lain ialah keperluan pemantapan sistem pengurusan kualiti, keperluan pemantapan pengurusan murid, keperluan pembangunan infrastruktur dan kemudahan di sekolah dan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Katanya kesemua tujuh cabaran berkenaan akan diatasi melalui tujuh nilai teras yang digunakan ketika menggubal SPEED iaitu kecemerlangan, integriti, kualiti, beramal dan bertakwa, dinamik, berimpak tinggi dan kepuasan pelanggan.

Menurut Muhiddin isu-isu yang dinyatakan dalam dokumen SPEED merupakan isu yang menjadi keutamaan di peringkat JPN Sabah dan perlu ditangani dengan mengemukakan strategi tertentu serta dikenal pasti dan setiap strategi itu mempunyai objektif khusus dan Petunjuk Prestasi Utama.

Bagaimanapun katanya SPEED merupakan perancangan strategik untuk semua sektor di peringkat negeri sahaja dan tidak melibatkan perancangan strategik di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara langsung.

Muhiddin berkata setiap PPD dan sekolah perlu membuat perancangan strategik masing-masing berasaskan SPEED peringkat negeri bagi mencapai kecemerlangan, pengurusan pentadbiran dan akademik yang bersesuaian dengan keadaan setempat serta sekolah masing-masing.

“Kini kita sudah berjaya membuat perancangan yang teliti dan berfokus. Saya amat berharap perancangan ini akan membuahkan hasil yang sepatutnya. Perancangan ini tidak akan membawa sebarang makna jika ia tidak dijelmakan dalam bentuk tindakan yang sepatutnya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s