Kementerian beri latihan kepada guru fahami PBS

Image

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan latihan khas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru di seluruh negara bagi membantu mereka memahami sepenuhnya sistem pentaksiran yang telah ditambah baik itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan berkata latihan itu merupakan satu daripada langkah selain sesi taklimat PBS yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru.

“Bagi memastikan PBS yang telah ditambah baik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengatasi kerisauan semua pihak yang terlibat, KPM mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya.

“KPM juga akan mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran serta kepakaran guru memeriksa jawapan,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari  ini.

Kamalanathan menjawab soalan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) yang ingin tahu adakah kerajaan masih lagi meneruskan PBS dan apakah cadangan kementerian untuk mengatasi kerisauan semua pihak dalam sistem pendidikan negara.

Taklimat mengenai PBS telah diadakan bermula April. – Bernama

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siriperbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

 

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

 

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.   

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

 

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#ixzz2efid4Te8 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjawat awam dapat kenaikan gaji tahunan lebih awal

Putrajaya: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. “Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’, di sini.Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri Kabinet.

Image

Dasar Pendidikan Negara dirombak

MUHYIDDIN Yassin diiringi Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan ribuan rakyat pada Majlis Mesra Rakyat dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semberong di Padang Awam Felda Ulu Belitong dekat Kluang, Johor, semalam.

 

JOHOR BAHRU 14 Julai – Dasar Pendidikan Negara bakal dirombak semula mulai tahun depan bagi mewujudkan sistem lebih berkualiti serta mampu melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi seiring dengan usaha ke arah menuju negara berpendapatan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara akan diambil kira dalam merangka dan melaksanakan usaha penting tersebut.

“Itu yang kita harapkan (rombakan besar-besaran) dan ia merupakan satu anjakan berganda dalam sistem pendidikan negara. Dialog ini amat penting dalam kita merangka Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) dan Pelan Strategik Pendidikan (2013-2015),” katanya pada sidang akhbar selepas menutup Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 di KSL Resort di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelan pembangunan dan pelan strategik itu merangkumi program jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Ia amat penting dan kita berharap bidang pendidikan perlu dibaiki dan dapat dilaksanakan segera. Ini perkara besar dan kita kena ambil kira banyak perkara serta melaksanakannya mengikut fasa-fasa,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, sekiranya pelan tersebut dapat dilakukan lebih awal dari 15 tahun, maka sistem pendidikan negara mampu dilonjakkan setanding dengan negara maju lain.

Menurutnya, selain hasil dialog tersebut, pelan pembangunan dan pelan strategik yang akan dilaksanakan nanti juga mengambil kira pandangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, hasil kajian panel bebas dan panel antarabangsa yang dilantik.

Menurutnya, hasil dialog itu akan dikumpulkan sebelum dikemukakan kepada beliau untuk dibawa ke Kabinet sebelum hujung tahun ini bagi kelulusan dan seterusnya dilaksanakan pada tahun depan.

Mengenai hasil dialog yang bermula April lalu dan menjelajah ke seluruh negara, Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan profesion telah memberikan maklum balas secara lisan dan bertulis.

“Ada tiga perkara yang agak popular dibangkitkan iaitu yang pertama berkaitan guru seperti profesionalisme keguruan, kebajikan guru dan proses pengajaran. Kedua mengenai aspirasi iaitu soal sistem dan masalah pelajar dan ketiga kualiti sekolah yang melibatkan struktur, infrastruktur, jenis sekolah dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, secara umumnya Kementerian Pelajaran mengenal pasti sembilan bidang keutamaan untuk membina sistem pendidikan yang berkualiti iaitu guru, kepimpinan sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan pentaksiran, penguasaan pelbagai bahasa, peluang lepasan menengah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, kecekapan dan keberkesanan sumber Kementerian Pelajaran dan kapasiti serta keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, hasil daripada kajian tinjauan melibatkan 2,551 responden juga mendapati 61 peratus responden amat yakin bahawa kajian semula pendidikan negara mampu menyediakan pelajar untuk menghadapi abad ke-21.

Malah 73 peratus sangat berkeyakinan pendidikan di Malaysia mampu mencapai tahap global pada masa akan datang.

“Dapatan ini menjadi sumber kekuatan kepada Kementerian Pelajaran kerana rakyat sendiri secara jujur menyatakan keyakinan dan kepercayaan terhadap usaha yang dijalankan kementerian.

“Atas dasar persamaan pandangan dan cita rasa itu, kementerian dan semua lapisan masyarakat akan dapat menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk memajukan pendidikan di negara ini,” katanya.

BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012 SK BATU PAYONG.

TARIKH: 30HB.JUN 2012(SABTU)

MASA: 8.00 PAGI -5.30 PETANG.

TERIMA KASIH KHASNYA KEPADA GURU PAKAR MATEMATIK SR TN HJ.MATNOOR DARI SK KINABUTAN BESAR TAWAU DAN EN.ROSLAN  GURU PAKAR SAINS SR DARI SK TG.BATU KERAMAT.

GURU PENYELARAS UPSR : PN.HJH.HANISAH KASSIM

GURU KP MATEMATIK : PN.ZAITON ABD.RAHMAN

GURU KP SAINS : PN.SHARIFAH RODZIAH SYED MOHAMMAD

GURU SAINS DAN MATEMATIK: EN.KAMARUDDIN JAINUDDIN

                                                 EN.SAID BIN DULLAH

                                                 PN.IKASURNATI ABDULLAH

                                                 PN.FAZIDATUL AZUWA KAMARUDDIN

                                                 PN.SITI ZANARIAH BT.MOHAMMAD(jqaf)

  JURUTEKNIK                        : EN. SAID BIN DULLAH

                                               EN.MULUK BIN ISNAIN

SEMUA AJK PELAKSANA YANG TERLIBAT.

Image

            TN.HJ.MATNOOR GURU PAKAR MATEMATIK SR.

ImageImageEN.ROSLAN GURU PAKAR SAINS SR.

ImagePELAJAR SEDANG MEMBUAT LATIHAN YANG DIBERIKAN.

ImagePN.HJH.HANISAH GURU PENYELARAS UPSR SEDANG MEMBERIKAN TAKLIMAT DAN PENERANGAN.

ImageGURU BESAR EN.ABD.MAID HAMZAH BERSAMA KP MATEMATIK DAN BM MERANGKAP PENYELARAS UPSR SEDANG MEMANTAU PERJALANAN PROGRAM.

ImageEN.SUHAIDI ADININ PK KURIKULUM SK BATU PAYONG SEDANG MENYAMPAIKAN CENDERAHATI DAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA TN HJ.MATNOOR PK HEM SK KINABUTAN BESAR .

ImagePENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAHATI KEPADA GURU PAKAR SAINS SR EN ROSLAN DARI SK TG BATU KERAMAT OLEH EN.SUHAIDI ADININ PK KURIKULUM SK BATU PAYONG.TAWAU.

PROGRAM BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS DAN MATEMATIK UPSR BERAKHIR PADA JAM 5.30 PETANG.SEMOGA PELAJAR YANG MENDUDUKI UPSR CALON SK.BATU PAYONG MENDAPAT MANAFAATNYA DAN SELAMAT MAJU JAYA SERTA BEROLEH KEJAYAAN.AMIN.

SUHAIDI BIN ADININ

ADMIN.

Syor rekod disiplin syarat ke SBP

Muhammad Khailani Abd Jalil (kiri) dan Alimuddin Mohd Dom

Kementerian dicadang perkenal mekanisme pantau tingkah laku pelajar.

KUALA LUMPUR: Rekod disiplin dan sahsiah pelajar wajar dijadikan kriteria dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa atau kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan universiti.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pelajaran dicadang memperkenalkan mekanisme untuk memantau dan merekod secara berterusan melalui penilaian di sekolah untuk mengenal pasti perkembangan sahsiah dan disiplin setiap pelajar bermula dari Tahun Satu.

Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa. – Muhamad Khailani Abdul Jalil, Yang Dipertua MPSM

Cadangan itu adalah sebahagian daripada kandungan memorandum dikemukakan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) kepada kerajaan sebagai input kepada transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dirangka.

Yang Dipertua MPSM, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata kriteria itu dapat mendidik dan memupuk pelajar supaya sentiasa peka kepada kepentingan sahsiah, sekali gus membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

“Antara komponen penilaian boleh diambil kira dalam pemantauan terhadap sahsiah dan disiplin pelajar ialah sikap, tingkah laku dan kehadiran ke sekolah. Malah, boleh diperkenalkan sistem merit dan demerit untuk menilai disiplin pelajar.

“Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa.
“Ukuran kecemerlangan seseorang pelajar tidak harus terbatas kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi perlu holistik meliputi kokurikulum, kepemimpinan dan kemasyarakatan, sahsiah serta disiplin yang dilihat penting untuk pembinaan karakter generasi muda negara.

“Semua pembaharuan ini mesti berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk masa depan. Falsafah sedia ada sudah bagus dan tidak perlu digugurkan, cuma pelaksanaannya boleh ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dalam pada itu, Muhamad Khailani, berkata dalam memorandumnya, MPSM turut meminta kerajaan terus mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

“Ini berikutan melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012 yang sedang berlangsung, dilihat ada kecenderungan sesetengah peserta yang mahu supaya diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris sebagai pilihan dalam sistem pendidikan negara.

“Kita tak setuju. MPSM akan bergabung usaha dengan pejuang bahasa untuk memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pen-didikan negara seperti termaktub dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dan Penyata Razak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata hasil perbincangan siri DNPN 2012 yang kini memasuki fasa pertengahan akan diserahkan kepada Pengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara, Profesor Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, Ogos depan.

Panel itu sudah menjelajahi lima tempat setakat ini, iaitu Putrajaya, Labuan, Miri, Shah Alam dan Pulau Pinang, manakala yang terakhir di Johor Bharu akan diadakan bulan depan.

Berita Harian Online: 18 Jun 2012 

Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin

2012/05/16

KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

 “Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

“Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata,” katanya.

“Guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir,” katanya.

Muhyiddin berkata, guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar juga adalah guru berinovasi.
“Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata,” katanya.

Sekiranya semua guru di negara ini adalah guru inovasi, Muhyiddin yakin matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai.

Katanya, bagi memantapkan budaya inovasi di sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid.

Muhyiddin berkata, menerusi pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

“Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama kementerian dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think juga adalah pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan pena’akulan di kalangan murid.

“Program ini sudah dirintis di 10 sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Pada sambutan itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Datuk Omar Mohd Hashim serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan kepada Datuk Hassan Harun.

Sementara itu, empat bekas pendidik pula menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 iaitu Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mohd Azman Abdul Rashid dan Lim Ia Lee @ Lim Irene. – BERNAMA

24,053 guru naik pangkat mulai bulan depan: Muhyiddin

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.

 Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan. 

Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.